3 TIPS PENJAGAAN MUKA SECARA TRADISIONAL

pic tips kesihatan wajah 1

3 TIPS PENJAGAAN MUKA SECARA TRADISIONAL

Wow, ramai yang berbelanja besar sebab nak jaga muka. Yela, semua orang nak kulit cantik, taknak berparut, dan nak awet muda. Kalau tak pun, biarlah kita kekal sihat, kan? Zaman sekarang ni ramai yang banyak bergantung pada produk penjagaan kulit yang mahal, padahal sebenarnya boleh je kita amalkan petua-petua lama yang lebih selamat dan murah digunakan.

Jangan ingat herba-herba dan bahan semulajadi ni tak boleh nak cantikkan muka tau. Kalau tak, macam mana la orang dulu-dulu kekal cantik, bila dah tua pun tetap manis dipandang? Haa ni saya nak kongsikan beberapa petua penjagaan muka yang senang diamalkan!

Semoga tips ini memberikan manfaat untuk semua

1. Menghilangkan Jerawat

  • Bersihkan muka seperti biasa untuk menanggalkan kotoran dan sisa makeup. Selepas itu cuci muka dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri di muka. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu untuk hasil yang berkesan.
  • Setelah membasuh muka, tutup muka dengan kain atau tuala yang agak lembab. Rapatkan muka ke wap nasi atau wap air panas selama beberapa minit. Kemudian gunakan penyegar muka.
  • Ambil sedikit kanji nasi dan sejukkan. Sapukan kanji nasi pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Selepas itu basuh muka dengan air suam. Seeloknya diamalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
  • Jika berdepan dengan masalah jerawat sukar hilang, gunakan daun teh. Caranya rebus beberapa helai daun teh berwarna hijau. Ketika daun masih suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  • Amalkan basuh muka dengan air basuhan beras. Kemudian biarkan ia kering sendiri di muka. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan secara kerap.

2. Menghilangkan Parut di Muka

  • Kisar atau tumbuk beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Kemudian campurkan dengan sedikit air. Sapukan ke bahagian yang berparut. Amalkan secara kerap sehingga parut hilang.
  • Tumbuk atau kisar kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Selepas itu campurkan dengan sedikit madu lebah. Setiap malam sebelum tidur, sapukan kebahagian yang berparut.
  • Kisar timun dan kemudian tapiskan airnya. Ambil hampas timun dan sapukan pada muka. Biarkan selama setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.

3. Kulit Muka Lembut dan Cerah

  • Parutkan seketul ubi kayu dan sapukan pada muka. Biarkan sehingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air bersi. Amalkan secara kerap.
  • Campurkan kuning telur, parutan lobak merah dan sedikit jus limau nipis hingga sebati. Sapukan pada kulit muka dan biarkan kering. Selepas itu cuci muka dengan air bersih.
  • Parut sebiji kentang dan perah airnya. Sapukan pada muka. Biarkan kering kemudian cuci dengan air bersih.

Mudah kan? Semua petua di atas memang senang untuk dicari segala bahan yang diperlukan, tak payah risau! Tapi tahukah anda, sesetengah masalah kulit terutamanya di kawasan muka sebenarnya berpunca dari resdung? Sebab tu bila dah cuba seribu macam jenis produk penjagaan muka pun, memang naik jugak merah-merah dan jerawat kat muka!

Gangguan resdung akan jadi lebih teruk sebenarnya kalau dibiarkan, apatah lagi kalau cuba ditangani dengan produk yang salah. Alahan akan menjadi lebih teruk apabila dalam rongga hidung dipenuhi dengan segala macam lendir berkuman punca gangguan resdung, jadi kena keluarkan dahulu baru la nak tepek segala macam make-up dan semburan perfume. Kalau tak, memang rosak la kulit muka!

Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Reply

Home

Resepi

Santai