Guna Tiga Bahan Dah Boleh Buat Kerepek Bawang Putih Yang ‘Crunchy’, Bagus Untuk Wanita Berpantang

Bawang

Hai assalamualaikum nak share resepi bawang putih crispy untuk makan semasa pantang boleh.Orang tak pantang pun boleh try ok.Tapi sebelum tu nak ceritakan sedikit sebanyak khasiat bawang putih yang korang tak tahu lagi.

Kebaikan bawang putih

  • mencegah keracunan makanan
  • mengawal berat badan
  • menurunkan kolestrol dan tekanan darah
  • menurunkan kadar gula dalam darah
  • membuang angin dalam badan
  • sangat bagus untuk yg sedang berpantang
  • ibu yang menyusu pun bagus sangat anak dapat khasiat bawang putih.

Ok. khasiat dah tahu kan..sekarang jom kita tengok resepi bagaimana nak sediakan bawag putih goreng crunchy yang korang boleh prepared sebelum bersalin nanti. kalau suami yang suka bawang putih tu buat hari-hari pun dia tak jemu.

RESEPI BAWANG PUTIH CRISPY

BAHAN-BAHAN

1 kg bawang putih (rendam air untuk mudahkan kupas kulit)
Sedikit garam
Minyak utk menggoreng

CARA-CARA

  1.  Kupas bawang putih, hiris nipis-nipis dan gaulkan dengan sedikit garam
  2. Tak nak gaul garam pun takpa. Goreng kosong macam tu je.
  3. Goreng sampai garing. Jangan hangit sudah.Goreng dengan api yang sederhana dan minyak yang banyak.Sentiasa kacau-kacau supaya masak sekata.
  4. Toskan minyak. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
  5. Bolehlah makan dengan nasi.

*Orang ada angin pon elok makan bawang putih ni. Tak semestinya orang berpantang saja. Selamat mencuba!

Sumber: Tuan Adrianna Arissa

Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Reply

© Copyright 2019. All rights reserved. Managed by Aplikasi Niaga

Close Menu