Buat Sendiri di Rumah!!! Resepi Soda Herba Sedap

IMG_0949

Ramai yang cakap air ni sedap tak terhingga. Kena pula minum time cuaca panas, memang kita rasa bersemangat lain macamlahkan. Jangan pula andaminum air ni hari-hari, tak elok untuk kesihatan. Boleh kencing manis tau!
Nak minum boleh, tapi control sikit ok. Nanti try lah buat eh!

Bahan bahan yang diperlukan:

  • 1 botol besar air aiskrim soda.
  • 1 tin laici ~ ambil buahnya sahaja/guna longan pun boleh.
  • 2 batang serai ~ dititik.
  • daun pudina ~ terpulang berapa helai.
  • 1 biji lemon ~ dihiris nipis.
  • 5 biji asam boi putih.
  • ketulan ais secukupnya.

Cara caranya:

  • Cuci semua bahan hingga bersih.
  • Hiriskan lemon nipis nipis.
  • Sediakan bekas yang bersesuaian.
  • Letakkan daun pudina secukupnya.
  • Masukkan lemon yang telah dihiris.
  • Diikuti asam boi putih.
  • Masukkan buah laici / longan.
  • Tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
  • Letakkan ketulan ais jika suka.
  • Akhir sekali masukkan serai yang telah dititik.

Ok, dah siap dah. Sekarang anda dah boleh minum!Disamping ada herba dalam air ni boleh memberikan tenaga pada badan setelah seharian penat bekerja.

KREDIT: http://sajianringan.blogspot.com

Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Reply

© Copyright 2019. All rights reserved. Managed by Aplikasi Niaga

Close Menu