CANTIK: 5 Petua Kekalkan Wajah Cantik Hanya Dengan Gunakan Ais

kolum tips kesihatan wajah 2

5 Petua Kekalkan Wajah Cantik Hanya Dengan Gunakan Ais

Kecantikan kulit wajah amat penting terutama bagi para wanita. Pelbagai petua boleh dipraktikkan untuk memastikan kecantikan dan kesegaran wajah dapat dikekalkan.

Seharian bekerja dan kemudian pulang ke rumah melayani keluarga pasti letih dan tidak sempat melakukan rawatan kecantikan untuk muka. Kami ingin kongsikan cara paling mudah dan murah iaitu menggunakan ais!

Ais bukan sahaja untuk menyejukkan minuman, tetapi juga boleh digunakan sebagai petua untuk mencantikkan wajah. Jom kami kongsikan dengan anda 5 kelebihan yang boleh digunakan untuk mencantikkan wajah dengan ais batu.

5 PETUA MENJAGA WAJAH MENGGUNAKAN AIS

1. MERAWAT MASALAH JERAWAT 

  • Jerawat ialah musuh utama untuk kulit wajah terutama bagi kaum wanita. Kewujudannya pasti tidak disenangi pada wajah anda.
  • Ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangkan bengkak dan kemerahan pada wajah.
  • Selain itu, ais juga boleh mengimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan serta membantu mengecutkan  jerawat anda.

2. MENGECILKAN LIANG PORI PADA WAJAH.

  • Ais boleh digunakan untuk mengecilkan liang pori yang besar pada wajah.
  • Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil pada wajah anda untuk mengurangkan saiz liang pori sebelum anda menggunakan alat solek.
  • Ia bagi membantu mengurangkan jumlah bahan kimia daripada meresap ke dalam kulit.

3. MENGURANGKAN MATA YANG SEMBAP

  • Mata yang sembap boleh berlaku akibat masalah kurang tidur atau terlalu stress.
  • Ambil beberapa ketulan ais batu dan bungkus dengan tuala. Gosok secara perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan kesan yang menenangkan di bahagian mata anda.

4. MENGEMBALIKAN KESEGARAN WAJAH

  • Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik ia akan meningkatkan peredaran darah. Dengan itu, ia akan menimbulkan kesan sejuk yang bantu menyegarkan kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.
  • Ambil beberapa ketulan ais dan letakkan ke dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda dengan menekapnya pada wajah.
  • Atau, letakkan ais di dalam tuala kecil dan tekapkan pada wajah anda.

5. MELANCARKAN PEREDARAN DARAH 

  • Gosok ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama satu minit. Ia berfungsi untuk melancarkan peredaran darah pada bahagian wajah dan kepala.
  • Ia sangat berkesan untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan dengan kerap setiap hari iaitu tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.
  • Mungkin selepas ini anda boleh mengekalkan kesegaran dan kecantikan wajah dengan mudah tanpa memerlukan sebarang kos yang tinggi. Jika anda mempunyai petua kecantikan lain, jom kongsikan bersama kami.

Kredit artikel: Siraplimau.com

Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Reply

Home

Resepi

Santai