Idea Makanan Sihat: Salad Peria

pic buah peria

Ramai orang tidak sukakan rasa peria yang pahit dan payau tetapi tidak ramai yang tahu tentang khasiat serta kebaikan peria ini. Pada hari-hari anda inginkan diet yang lebih sihat, anda boleh cuba resepi salad peria ini yang boleh dinikmati sebagai hidangan sampingan bersama pelbagai jenis lauk lain seperti sup ayam.

Jangan rasa gerun untuk mencuba hanya sebab rasa peria yang pahit itu. Anda boleh ubah suai tahap kepahitan peria dengan menambah perahan limau, cili, bawang mahupun telur ke dalam salad ini. Tak percaya?

JOM KITA TRY!!

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji peria (buang kulit dan hiris nipis – jika suka perap dengan sedikit garam dan ramas2 – kemudian bilas)
  • 5 biji cili padi (hiris)
  • 1 labu bawang besar (mayang)
  • 1 labu bawang merah (mayang)
  • 3 biji limau kapas (ambil airnya)
  • 1 biji tomato (hiris)
  • Sedikit ikan bilis, bersihkan, cuci dan tos
  • 1/2 sudu garam
  • 2 sudu gula

Campur kesemua bahan dalam satu bekas. Gaul bersama gula dan garam, dan perahkan air limau kapas. Biarkan selama lebih kurang 20 minit sebelum dihidangkan.

KREDIT: http://www.butterkicap.com

Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Reply

© Copyright 2019. All rights reserved. Managed by Aplikasi Niaga

Close Menu