Khasiat Daun Kari Boleh Cegah Uban Rambut

coverimage-09-1496987928

Uban pada kepala memang menjadi satu hal yang sukar dikawal. Bukan sekadar masalah penuaan semata-mata, uban mula timbul disebabkan oleh masalah lain. Antaranya adalah ketidakseimbangan pada diet harian kita.
Sudahnya uban mula menampakkan dirinya di celah helaian rambut. Gatal usah cakaplah. Siapa ada uban mesti tahu rasa gatal terlampaunya. Rasa nak cabut cepat!
Tapi tahu tak uban boleh diubati dengan daun kari je? Tak hanya uban, malah daun kari yang kita selalu gunakan dalam menaikkan aroma menu berkari ini rupanya baik dalam penjagaan dan perawatan rambut.

Hilangkan Masalah Uban

Bahan-bahan:
Daun kari
Minyak kelapa

Caranya:

  1.  Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
  2. Masukkan daun kari yang sudah dipisahkan dari tangkainya.
  3. Biarkan sekejap dan angkat.

 

Laporan Boldsky, daun kari yang mempunyai khasiat vitamin B membantu mengembalikan nutrisi dan warna pada rambut. Malah juga menguatkan akar rambut.

2 Kelebihan Daun Kari Pada Rambut

  • Tingkatkan Pertumbuhan Rambut

Penggunaan daun kari secara teratur dapat membantu meningkatkan pertumbuhan dan juga memperkuatkan             akar rambut. Ambil beberapa daun kari, keringkan dan tumbuk halus. Campurkan bersama yogurt dan                         sapukan  pada rambut.

  • Tonik Rambut

Daun kari juga bekerja sebagai tonik rambut kerana mampu menjaga kulit kepala agar sentiasa lembap dan                 bernutrusi. Ambil segenggam daun kari, didihkan bersama 2 hingga 3 senduk minyak kelapa dan letakkan pada         rambut.

Kredit : suaramedia.org 

Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Reply

© Copyright 2019. All rights reserved. Managed by Aplikasi Niaga

Close Menu