RESEPI SEDAP: IKAN KELI MASAK LEMAK PUCUK CEKUR

daun-cekur

Pucuk Cekur? Pucuk apa tu. Ada yang pernah dengar kan. Ada yang tidak. Mak-mak selalu la makan pucuk ni buat ulam mentah je.Sedap.Korang kena try. Bukan setakat buat juadah makan sahaja tapi puck cekur ni ada banyak khasiat terutamanya untuk wanita yang lepas bersalin.

Pucuk cekur dikatakan boleh membantu menguncupkan rahim bagi wanita selepas bersalin, mencegah sakit dan sengal tulang, serta membantu menghalang demam, batuk dan sakit tekak / kerongkong.

JOM KITA MULA MASAK

Bahan-Bahan

  • Ikan keli (2/3 ekor) – dibasuh bersih dengan asam jawa ngan limau untuk hilangkan lendirnya.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 2 ulas bawang merah.
  • Sedikit kunyit hidup – tumbuk
  • Segenggam cili padi – 7 atau 8 tangkai.
  • 4 / 5 biji ubi cekur.
  • 7 helai daun cekur – mayang halus.
  • Santan
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara Memasak:

  1. Ikan keli setelah dibersihkan dengan asam dan limau. Dilumurkan dengan kunyit yang telah ditumbuk tadi dan sedikit garam. Kemudian bakar. Setelah masak, ketepikan dahulu ikan keli tersebut.
  2. Tumbuk halus bawang putih, bawang merah, cili padi dan ubi cekur.
  3. Masukkan sedikit air dan tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan santan setelah bahan tumis tadi mendidih. Masukkan daun cekur yang telah dimayang halus.
  5. Kacau dan kemudian masukkan ikan keli yang telah dibakar tadi.
  6. Perasa mengikut selera dengan garam dan gula.

Siap dihidang dan selamat mencuba…

KREDIT: Facebook Resepi Masakan Hidangan Kak Lin

Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn
Pinterest

This Post Has One Comment

  1. wow..sangat menarik..try la..

Leave a Reply

© Copyright 2019. All rights reserved. Managed by Aplikasi Niaga

Close Menu