RESEPI ULAM- ULAMAN: KERABU ULAM RAJA

pic ulam raja

Ada tak yang suka makan ulam raja?. Kalau balik kampung mesti cari ulam raja ni kan. Banyak khasiat yang kita boleh dapat dengan amalkan ulam raja ni antaranya baik untuk ibu berpantang. Untuk yang nak remajakan kulit tu boleh amal selalu. Ulam raja baik untuk memberikan keremajaan pada kulit.

Jom kita tengok cara nak makan ulam raja ni. Bukan sahaja boleh makan mentah cicah sambal. Boleh juga dibuat kerabu.

JOM KITA START!!

Bahan-Bahan:

  • 1 ikat ulam raja
  • ½ cawan kelapa parut
  • 2 sudu makan perahan limau kasturi
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • Garam secukup rasa
  • 3 biji cili merah
  • 4 biji cili api
  • 4 biji bawang merah
  • 1 sudu makan udang kering
  • (Cili merah, cili api, bawang merah dan udang kering dikisar bersama)

Cara-cara:

  • Basuhkan ulam raja dan potong halus.
  • Goreng kelapa parut sehingga kekuningan sahaja.
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  • Sedia dihidangkan.

Selamat Mencuba Menu Kesihatan.

KREDIT: My Resepi

Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Reply

© Copyright 2019. All rights reserved. Managed by Aplikasi Niaga

Close Menu