SELAMAT HARI IBU SEDUNIA

maxresdefault

IBU BAPA | SIAPA MEREKA DIHATI KITA?

Saat aku termenung, bait-bait lirik nasyid kanak-kanak ini benar-benar menyentuh hati aku. Sehingga tanpa ku sedar, airmata aku mengalir.

“Kami Anak-Anakmu, Ingin memohon restu,
Wahai Ibuku Wahai Ayahku Ampunkan Dosa-dosaku
Wahai Ibuku Wahai Ayahku Redhakan Akan Diriku”

Selama ini, pernahkah kita memohon ampun kepada mereka setiap hari? Memohon hidup kita diberkati? Memohon agar kita sentiasa selamat perjalanan kita menuju akhirat? Selama ini, pernahkah kita mendoakan mereka supaya mereka diredhai Allah s.w.t.? Mendoakan mereka supaya mereka ditetapkan iman? Mendoakan mereka menjadi yang terbaik disisi Allah s.w.t.? Jujurnya berapa banyak doa untuk mereka kita telah panjatkan kepada Allah s.w.t.?

“Wahai Tuhanku Kasihi daku
Kasih Ibu dan Ayahku
Wahai Tuhanku Rahmati Daku
Rahmati Ibu dan Ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan tali-Mu
Amiin Ya Rabbal ‘alamin”

Bekalan buat ibu bapa di akhirat sana adalah doa anak-anak yang soleh. Jika kita tidak mendoakan mereka, dapatkah kita bayangan keadaan mereka disana nanti? Allah. Ya, kita adalah penyebab mereka jika mereka ‘di sana’ nanti tidak bahagia. Kita jugalah akibat pada tanggungjawab mereka yang akan ditanyakan nanti. Wahai anak-anak, seringkali kita ucap “Saya sayang ayah”, “saya sayang ibu”, tetapi apakah bukti sayang kita pada mereka?

Kita meninggalkan solat, sedangkan mereka mendidik kita untuk bersolat. Bagi anak perempuan, kita tidak menjaga maruah kita, sedangkan mereka mengajar kita untuk menjaga maruah dan mendidik kita untuk menutup aurat. Wahai anak-anak, ibu ayah kita mengajarkan kita untuk mentaati perintah Allah s.w.t. Wahai anak-anak, apakah kebahgiaan yang telah kita berikan buat mereka?

“Wahai Tuhan limpahkan hidayah-Mu
Untuk Ayah dan Ibuku
Wahai Tuhanku berkati daku
Berkati Ibu Ayahku

Sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya”

Wahai anak-anak, mereka tidak dahagakan harta dan wang ringgit dari kita. Mereka hanya dahagakan kasih sayang daripada anak-anak. Bukanlah mereka inginkan kita melimpahkan kemewahan, tetapi mereka hanya inginkan kehadiran kita disamping mereka. Jika dipenghujung usia ini, mereka digembirakan dengan anak-anak dan dimeriahkan dengan cucu-cucu, percayalah tiada apa yang akan menjadi penyesalan buat mereka. Apatah lagi, jika anak-anak dan cucu-cucu merupakan mereka yang taat pada perintah Allah s.w.t.

“Wahai Ibuku Wahai Ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala ketelanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat”

Bukanlah sukar untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, kita hanya perlu mentaati mereka, menghormati mereka dan menjalankan tanggungjawab kita terhadap agama dan keluarga. Menjadi yang terbaik buat mereka adalah hadiah yang terbaik dapat kita berikan kepada mereka, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. InsyaAllah.

Ya Allah, Kau ampunkan dosa kedua ibu bapaku. Tetapkanlah iman mereka. Dan tempatkanlah mereka dikalangan hamba-hambaMu yang soleh. Ya Allah, berikanlah pengakhiran yang baik kepada mereka, ringankanlah beban mereka daripada menanggung dosa anak-anaknya. Ya Allah, berikanlah hanya yang terbaik buat mereka. Amin ya rabbal ‘alamin.

KREDIT : https://misshasofea.wordpress.com/2014/02/15/ibu-bapa-siapa-mereka-dihati-kita/

Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Reply

© Copyright 2019. All rights reserved. Managed by Aplikasi Niaga

Close Menu