SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN

Hari-Raya-Banner

 

 

 

Raya yang bermakna bersama Insan tersayang

Cepatnya RAMADHAN NAK PERGI KAN?? Sedih rasanya.

Rasanya lagi 2 hari je lagi yang tinggal untuk kita buat persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba kan

Tak sabar rasanya nak makan lemang , ketupat rending opkos la kan. Yang tu satu part la..memang ternanti-nanti dah. Dan bukan itu aje. sanak- saudara jauh-jauh semua berkumpul beramai-ramai.

Akak-akak sahabat dan pelanggan Jamu Rahsia Bidan Kampung dah buat persiapan ke. Kuih dah berapa Jenis? Baju Raya dah berapa pasang tu? Haa yang paling rare soalan setiap kali raya Nak pakai warna apa plak tahun Ni.Wah meriahnyerr.  Tak sabar kan akak-akak nak BALIK Kampung..ooo Balik Kampung!!

macam Lagu la plak kan..yang penting kami di Jamu Rahsia Bidan Kampung sentiasa mendoakan akak-akak semua selamat tiba ke DESTINASI masing-masing bersama insan tersayang. Jangan Lupa bawak balik Jamu Rahsia Bidan Kampung. Boleh la kongsi kebaikan dengan jiran , sepupu , jiran kan orang belakang umah.

 

Syawal ni bukan sahaja kita hanya nak bergembira kan.Bertakbir, bertahmid memuji Allah..Ingat juga mak ayah di kampung, saudara –saudara yang susah kita kena bantu jugak kan akak..

DISINI.. makna syawal pada kita semua.. Bahagiakan orang yang kita sayang, yang setahun tak berjumpa , balik la ke kampung sambut lebaran dengan penuh rasa syukur.

JAMU RAHSIA BIDAN KAMPUNG NAK SHARE TIPS NAK BALIK Kampung

SEBELUM tinggalkan rumah untuk balik kampung:-

  1. Maklumkan jiran atau pihak berkuasa (Balai Polis) hari-hari yang kita berada di kampung. Sekurang-kurangnya mereka tahu saat kita tiada di rumah.
  2. Tutup dan cabut segala suis elektik kecuali peti ais. Charger phone jangan tak bawak. Triple check pastikan segala lampu, kipas dan air-cond dah off.
  3. Balik ke kampung tu, bawaklah buah tangan sikit. Tak perlu banyak dan benda mahal pun. Asal berisi sikit tangan bila sampai di kampung. Takdelah tangan kosong bawak beg baju jer. Paling ideal, belikan 3-4 balang kuih raya.
  4. Sebelum keluar baca al Fatihah dan ayat Kursi. Berniat nak menziarah dan keluar bermusafir. Untuk rumah dan harta benda yang ditinggalkan sementara tu, kita tawakkal Allah menjaganya.

 

 

 

Semasa Dalam PERJALANAN:-

  •  Top up siap-siap Touch n Go. Belum tentu ada lorong tambah nilai nanti tu. Kalau ada kat berjela panjang beratur.
  • Rancang laluan perjalanan balik tu. Nak gerak jam berapa, nak lalu jalan mana nak bajet isi minyak di mana. Takut tak perasan minyak kering dalam perjalanan dan stesen minyak entah jauh di mana.
  • Nak tukar lorong, berhenti atau masuk simpang, jangan lupa “BERI SIGNAL”. Penting sesangat ni! Samping tu patuhi segala peraturan jalanraya. Kalau kena hon, sabau jer lah dan kalau perlu nak hon orang, agak-agak sikit nada bunyi hon tu. Biar bunyi dia “pin!” “pin!”. Jangan “POM!!” “POOM!!!”Jangan sesekali tunjuk tangan bagai kepada pemandu lain dan haram sekali ketuk dengan helmet cermin kereta orang lain 😂

Rasa jer mengantuk, buka kejap tingkap kereta bagi oksigen masuk dalam ruang kereta. Segera cari tempat berhenti, tidur kejap 5 minit (buka sikit cermin). Basuh muka/wuduk juga kalau boleh. Kalau tak salah, bila dalam keadaan berwuduq ni ada Malaikat yang menjaga kita.Bila dah selamat sampai di kampung, ucapkan syukur, Alhamdulillah. Selamat sampai dah kita.

 

Selamat Pulang ke kampung!

Pandu berhati-hati dan penuh tenang. Selamat Hari Raya Eidulfitri. Maaf Zahir dan Batin.

DARI KAMI JAMU RAHSIA BIDAN KAMPUNG

Facebook
Google+
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Leave a Reply

© Copyright 2019. All rights reserved. Managed by Aplikasi Niaga

Close Menu